Saturday, August 22, 2009

090809


Okay..

Setelah beberapa lama aku x mengepost apa2..

Aku akn mengepost beberapa perkara la pada kali ini..

1st thing 1st.

Apa yg terjadi pada tarikh ini???

Org yg terbabit musti tau..

Jeng..jeng..jeng…


Yeah..itu dia..mmembaling mortar board ngan penuh excited

Alhamdulillah…

Lepas lebih dan kurang 3 tahun aku merantau kan diri menuntut ilmu di obersea..

(oversea la sgt..laut china selatan je kot..)

Pada tarikh tersebut aku berjaya naik stage dengan jubah berwarna kelabu itu dan mengambil skrol diploma aku dari tangan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin dengan senyuman yang extra penuh di muka..

Disebabkan kami penerima diploma ni yang terakhir menaiki pentas, oleh itu kami terpaksa menunggu 123+9+2+10+6+4+113+32+1+6+4+48+96+4+61+2+29+193+66+139+27+50 = 1025 org

Sebelum sampai giliran kami yg 45 org neh..

Adess...

Agak nk patah pinggang pinggang ku duduk sahaja disitu..ngeeee~

Lepas tu keluar..gambar2 sket..balik la..

Agak tergesa2 sebab sidang petang..bila selasai je majlis..sume pun dah nk balik..

Huhu~

Best la dpt jumpa balik sume kosmate..

Huhu...~

Monday, August 3, 2009

belasungkawa

sekali lagi berita kematian diterima..
kali ni uda (pakcik) samma, suami kepada ocik (makcik) mimi meninggal dunia..
pagi tadi lebih kurang jam 8..
kebelakangan ni aku rasa agak banyak berita tentang belasungkawa yang aku terima..
selain kematian orang2 terkenal..MJ,sepupuku ima,yasmin ahmad, skrg uda ku pula..
x sempat aku berjumpa dia buat kali terakhir..
masa dia sakit hari tu mom ngan sis je sempat balik jenguk..aku x dapat ikus sekali sebab baru mula kuliah..
baru je malam tadi aku msg2 ngan ank die...x sentuh pun pasal ayah dia..(nasib baik)..
ntah la..aku pun x tau nk ckp macam mana..kadang2 aku terfikir..lepas ni..giliran siapa pula?
mula la aku nk berfikir pelik2..
tapi uda mmg baik...selama kalo2 aku pegi rumah dia..x penah la aku rasa tersinggung atau apa..
dia melayan aku macam ank dia sendiri (lagi2 pula dia tiada anak perempuan)..dan aku agak selesa di rumahnya..
haih..
walaupun dah ramai yang pergi..aku x nampak pula kesan2 keinsafan keatas manusia dimuka bumi ini..x tau la apa nk jadi..bila dengar berita kematian, kononnya sedih melampau2..
tapi sendiri x nak berubah..entahla..