Saturday, May 30, 2009

Totto chan-gadis kecil di jendela


memula aku nk post pasal mende laen..tapi tiba2 xde mood lak..
so kali ni aku nk menceritakan ttg sesuati yg merupakan salah satu hobby aku..
a review about my fav book.
(jgn x cye aku suke bca buku)
Buku ni aku jumpa kat libry skolah (skolah yg mna aku x igt..rantau panjang kalo x silap)
tajuk: Totto-chan: gadis kecil di jendela
pengarang: tetsuko kuroyanagi


totto chan merupakan seorang budak perempuan yang mempunyai sifat periang, ramah, aktif dan sebagainya yang memulakan zaman persekolahannya. malangnya bagi totto chan, dia dibuang sekolah kerana sikapnya yang sangat aktif sehingga dirasan x terkawal oleh gurunya. aku rasa totto chan sgt bertuah kerana kemudiannya dia dibawa ibunya ke Tomoe Gakuen (TG) dan berjumpa principal yang sangat memahami kanak2. the best part it, kelas2 di TG diperbuat daripada gerabak2 keretapi!!. buku ni yg sebenarnya biografi si penulis, bagi aku sangat menyeronokkan dan mmg sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur walopun ni buku kanak2 sbnrnya). cerita bagaimana Totto chan membesar, keseronokkan seorang kanak2 menaiki keretapi, perasaan mempunyai haiwan peliharaan dan kehilangannya, mempunyai sahabat yg mempunyai polio, keghairahan belajar, keadaan semasa perang, dan pelbagai lagi yg ditempuhinya di dalam fasa tumbesaran..bagi aku buku ni mmg best.

aku tetiba teringat buku ni masa aku jumpa cover buku ni masa kemas2 umah hari tu...tapi sygnya helaian2 yang lain entah kemana. dan yang lebih sedih skali. aku rasa yang edisi terjemahan bahasa melayu mmg dah x ada. aku surf tenet ada satu kat libry kecil kat mana aku x igt dah. dan yang lagi sedih masa aku bertanya pakcik google, aku x jumpa pun ada org malaysia yg baca buku ni. sedangkan buku ni sgt la best dan sgt glamour. kerana terlalu ingin untuk membaca semula, aku download la yang versi indonesia. sekurang2nya ada..hehe


*wow. post aku yg terpanjang setakat ni

Thursday, May 14, 2009

paint..



aku skrg dah tahap 'xdo kojo nk dibuek' hahaha..
ni keje la ni..
cat da beli minggu lepas sbnrnya..tp disbbkan 2-3 hari ni bz kuar n jemput akk aku balik umrah..so upacara mengecat pun terpaksa ditangguhkan...
so...akhirnya ari ni aku mengecat..
mengecat merupakan satu aktiviti kesenian yang memerlukan ketilitian, tenaga, kemahiran dan ketekunan untuk melalukannya.. walaupun kelihatan mudah, tetapi sebenarnya perkara ni agak mencabar..oleh itu jgn lah memandang rendah terhadap tukang cat yang anda jumpa..kerana anda tidak tahu adakah kemahiran mengecat anda setanding dengannya...hehehe..

tp cun gak dh kaler..
pandai omma pilik kaler..
luv ya...xoxoxox..

kejam2 ibu tiri,kejam lagi ibu kota (1)



tajuk post tu sebenarnya ayat yang tertulis kat 1 t-shirt yg aku tgk aritu (x dpt nk amek gambar t-shirt tu sbb takut tuan kedai marah)..
xde kena mengena apa pun sbenarnya..bknnya aku ada ibu tiri ke hape..
beberapa hari yg lalu, akk aku membawa aku untuk melihat kekejaman ibukota..
hahaha...x de la..
gi lepak kl aritu..

akhirnya dapat gak aku makan a&w..hahaha my fav monza burger.. last aku makan a&w kalo x silap masa 2007 kot..hahaha...dah lama...apasal a&w x bnyk haa? sedap apa.. (persoalan yg sama tentan sugar bun)

pic 2nd tu gambar cafe IKEA, aku ngan abg aku lepak minum coffe sementara tggu akk aku interview..yg seblahnya pulak gambar the curve dari seat aku masa aku tgh minum tu..hehe

last pic tu gambar ice lemon tea kat satu cafe 'Bliss 22' kat usj...gelas dia unik kan??ada lagi satu mug pun unik gak..tapi x dpt nk amek gambar...huhuh

what do you think??


apa yang korang fikir bila korang tgk gambar diatas??
haahahahaha...
ni lah benda yg recently aku buat lepas balik umah..hehehe..
preparation 4 6/6 ni...
apa yg terjadi 6/6 ni..???
tu aku akan post kemudian la...
bila dah 6/6..hehehe...
tu je...

29042009




apekah kaitan 2 gambar diatas dengan tajuk post??hahahaha
setelah begitu lama aku mengabaikan blog aku neh..kali ni aku letak beberapa post skali ye..heheh..
okeh.. bermula dgn yg paling lama.. the title : 29042009..ok..that is actually a date...tarikh dimana hari terakhir aku menjejakkan kaki dan aku akan mengangkat kaki menaiki flight untuk pulang ke tanah air..dan sekaligus membuktikan yg aku sudahpun menjalani pembelajaran 3 tahun di bintulu bumi bangau neh..(ske2 hati aku je..mentang2 ada tugu bangau akt airport tu)

ok..
gambar diatas tu adalah gambar niah cafe yg paling glamour kat airport bintulu ni ( tu je lah cafe yg ada sbnrnya..nk wat camna..airpot bintulu ni kecik je..cam stesen bas..haahhaha)..
dapat gak aku menikmati laksa sarawak wat kali terakhir di sarawak ni...sbnrnya nk makan kat tempat lain..tapi x sempat..niah cafe pun niah cafe la..huhu..
ade kes sbnrnya yg berlaku di airport pada hari tersebut...tapi aku xmou cite..biarlah rahsia..(waloupun dah ada entri tentangnya di blog org laen)..
ditemani oleh adik (ridzuan), akid dan akmal..
aku pulang dan meninggalkan bumi bintului...huhu...i missed it too much now!