Thursday, November 5, 2009

movie reviews: papaDOM



Pengarah : Afdlin Shauki
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 08 Oktober 2009
Durasi : 115 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!

~credit to sinemamalaysia.com~


aku dah tengok citer ni dalam minggu lepas, with my hoisemate. bagi aku cerita ni agak menarik dan bawaan cerita adalah ringkas dan mudah difahami, cerita yang fun pada masa yang sama diselitkan pengajaran. kebanyakkan karya2 afdlin membawa tema perhubungan kekeluargaan dan persahabatan dan mengingatkan penonton tentang nilai2 yang semakin dilupakan. cerita yang indah, seperti biasa, kelucuan diselitkan, pemilihan pelakon yang sesuai, membuat penonton merasa perkara itu 'wujud'.

sifat Saadom yang begitu protective membuatkan Mia merasa rimas, aku agak x setuju ngan kata2 Mia terhadap Saadom, walaupun sememangnya Saadom begitu melindunginya (sampai hantar dalam kelas), bagi aku seharusnya Mia berbincang dengan lebih baik (tapi kalau macam tu, x jadi la plak film ni kan?)
aku suka watak Mun (isteri Saadom) selepas dia mati (bayangan Saadom)menarik..hehehe..

film ini mmg layak mendapat box-office.. congrats